Browsed by
Author: admin

Apa Nak Buat Kalau Air Balang Tak Habis?

Apa Nak Buat Kalau Air Balang Tak Habis?

Apa Nak Buat Kalau Air Balang Tak Habis?

Biasanya situasi air balang tak habis ini kerap terjadi apabila kita berniaga pada musim tengkujuh.

Terutamanya apabila turun hujan lebat yang siap dengan pakej petir sabung menyabung dan ribut taufan. Masa tu majoriti orang ramai tidak ada yang akan berani untuk keluar rumah.

Atau pun ia juga boleh berlaku sewaktu kita berniaga air balang di musim covid19. Tapi kali ini pelanggan tak datang sebab takut dijangkiti virus. Selagi vaksin belum ditemukan, itulah norma baru yang kita terpaksa hadapi.Yang masih tinggal dan setia menunggu di tepi jalan cuma peniaga air balang.

Sebab itulah ini di antara soalan yang paling kerap disoal oleh pembeli ebook sama ada melalui whatsapp atau emel.

Jadi kalau air balang tak habis juga, apa kita nak buat?

Boleh tak kita simpan air tu dan jual semula hari esok?

Soalan di atas saya dah pernah jawab . Boleh baca artikel dalam arkib blog ini. Tapi tak mengapa, saya jelaskan sekali lagi.

Baca juga artikel ini untuk belajar buat air soya homemade.

Jom kita ulangkaji!

Kalau berdasarkan pengalaman saya, air balang tak habis tu memang akan dibuang ke longkang lah jawabnya! Tak ada kesian-kesian lagi dah…

Tetapi itu pun selepas dah tapau dan bagi free saja air tersebut pada orang yang berdekatan. Kita bagi saja air yang tak habis tu pada abang Roti John Telur Dibasuh, makcik Nasi Ayam Kampung Sebelah atau Adik Manis Apam Balik Pom Pom. Jangan lupa niat untuk bersedekah.

Air masih ada baki lagi? Buang. Mudah saja!

“Tapi bang, saya bangkang!”

“Membazir itu amalan syaitonnn!”

“Elok kita simpan je semula dalam peti sejuk. Air yang tak habis tu macam-macam kita boleh buat. aiskrim Malaysia, dadih, agar-agar. Baru lah kreatif, inovatif dan jimat. “

banner bab468x60

Ok dik…cara awak berfikir tu agak bagus dan kritis.Tahniah!

Tapi kalau adik jual 10 jenis air balang dan semua tu separuh balang air tak habis…larat ke adik nak buat dadih,aiskrim bagai tu?

Penat berniaga siang tadi pun belum hilang, dah nak kena masuk dapur lagi buat dadih pulak? Hurmm, kita semua bukan robot Terminator ya. Ada masa perlu rehat secukupnya.

Satu fakta yang perlu sentiasa direnung-renungkan di sini adalah air yang tak habis tersebut sudah tak fresh seperti hari sebelumnya. Air buah dah tawar dan tak ada rasa buah lagi.

“Habis tu… camne ni bang?”

Buang saja Air balang yang tak habis tu! Tapi kalau adik larat minum sampai kembung, silakan…Abang tak halang.

Lepas tu esoknya cuba adik siasat dan kaji mengapa 10 jenis air balang yang adik jual tu tak habis, boleh?

Mesti ada benda yang terlebih atau terkurang. Mungkin air buah tak sedap sebab masa bancuh, terbubuh garam bukit dan ajinomoto ke?

Atau pun daripada adik habis masa dan tenaga, cuba buat air balang macam abang. Tak susah mana pun. Yang penting belajar dulu sampai pandai. Kemudian barulah boleh kembali berniaga dengan penuh semangat fighter.

Nak belajar buat air sedap dan gerenti habis klik link ni sekarang. 

Makwe Peniaga Air Pasar Malam

Makwe Peniaga Air Pasar Malam

Petang semalam aku ke pasar malam Taman Impian Ehsan.First time aku datang ke situ.Pasar malam di sana  meriah dengan peniaga dan orang ramai.Tak heran la…Area taman perumahan yang padat dengan penduduk.Flat dan apartment pun banyak.Bangladesh pun ramai.

Cuma di pasar malam di sini ramai peniaga yang jual barang-barang dapur, sayur-sayuran, ayam,ikan dan daging.Baju bundle pun ada.Tapi tak ramai yang menjual makanan dan minuman.Mungkin salah satu sebab ialah petak berniaga makanan di pasar malam tersebut agak terhad.Tapi yang dapat berniaga makanan dan minuman di situ memang heaven.Tak menang tangan layan customer.

Bila dah pusing habis satu pasar malam,aku singgah di gerai air.Dahaga! Owner gerai air ni memang muka familiar berniaga di pasar malam.Pergi mana-mana saja mesti muka dia.Bukan setakat gerai air saja, gerai nasi ayam di sebelah pun owner tersebut yang punya.2 petak pasar malam sekaligus owner tu kongker.Kalau peniaga nasi ayam lain datang dengan kereta atau van, dia datang pasar malam dengan lori.Jangan main-main!

“Air jagung satu….kurang ais ye..Tak ada ais langsung pun takpe,” Order aku pada salah seorang pekerja.Makwe muda pakai tudung.Aku memang tak berapa gemar ais banyak-banyak.Nak order air jagung panas, konfem tak ada dalam menu.

Makwe muda bertudung itu mencebik.Makin tak lawa! Aku tahu dia buat muka gitu sebab dia malas nak cedok air baru.Kalau boleh dia nak bagi air yang dia dah siap cedok awal-awal atas balang air.Dah ready dan dia tak banyak kerja.Tapi aku tak nak.Aku nak yang kurang ais.Customer is King.Reti?

Resepi Air Soya Basi

Resepi Air Soya Basi

Usin dan saya bukanlah kawan rapat. Kami kenal pun sebab pernah bekerja di satu jabatan yang sama. Itu dulu punya cerita la. Satu hari ketika sedang berniaga di pasar malam (part time), Usin tiba-tiba muncul di depan gerai saya. Bersama-sama dua orang anak dan isterinya. Kami berborak sekejap. Rupa-rupanya dia juga kini turut menjadi usahawan kecil-kecilan seperti saya. Tapi  produk jualannya adalah kuih muih. Saya pula menjual air dalam balang. Macam-macam jenis air ada.Prinsip saya menjual air mudah.Asalkan modal kecil tapi untung Bombastik..saya rembat.Yang pastinya untung jualan sentiasa tinggi kerugian pula tahap minima.

Melihat ramai pelanggan tak putus-putus datang dan ramai yang membeli air soya daripada saya, Usin macam tertarik dan ingin cuba sendiri. Saya kasi free saja..Kawan-kawan sekali jumpa.Sedekah la.Lagipun 2 orang anak dia dah beli air-air lain daripada saya. Mereka tengah lumba sedut siapa cepat habiskan air. Acara sukan yang belum ada di olimpik setakat ini!

Sambil-sambil tu Usin bertanya pada saya cara buat air soya. Orang bertanya saya kena la jawab. Jadi saya pun beri resepi dan cara-cara nak buat air soya.Usin terangguk-angguk seperti mendengar ceramah Lecturer yang bosan di bilik kuliah. Angguk faham atau angguk buat-buat faham itu saya tak pasti.

3 minggu kemudian saya terserempak dengan Usin di Pasar Malam Bandar Teknologi Kajang. Dia dan isteri sedang berniaga. Tapi produk jualannya dah bertukar. Usin dah menjadi tokey air pula di pasar malam.Air soya pun turut dijual…Wow..saya kagum kerana Usin seorang yang pantas. Main hafal resepi saja dah boleh jual. Superb!

Malangnya 20 minit saya di situ,  tak ada orang pun yang beli air soya Usin ini. Saya hairan dan pelik..Bila saya teliti dan kaji seperti seorang pakar CSI, memang ada yang tak kena dengan air soya usin tu. Berketul-ketul dan dah nak basi! Oppss..memang dah basi pun..Patutla tak ada orang beli.

Usin jual air soya basi rupanya..

Dengan muka sedih Usin explain pada saya rahsia resepi air soya basi tu..Langsung tak sama dengan apa yang saya bagitau dulu.Nak bagi air soya lebih power dan pekat,Usin ada tambah ‘sesuatu’ di dalam air soya tu.Bukan benda-benda mistik atau memudaratkan ya… Cuma apabila unsur atau bahan lain ditambah ke dalam air soya, biasanya ia akan basi. Soya ni sensitif dan manja!

Saya nasihatkan dia supaya jangan jual lagi air soya tu. Buang terus dan jangan letak atas meja. Customer lari nanti. Saya juga minta dia keluarkan sedikit duit untuk belajar atau pergi kursus buat air soya. Yuran dalam 100-250rm saja. Bergantung pada tempat kursus terebut. Tapi Usin ni kedekut sikit..Dia lebih rela buat eksperimen sendiri. Percuma katanya.

Ikut kau lah Usin..Good Luck!

Sampai hari ni Usin masih terus berniaga. Tapi dah kembali jual kuih-muih seperti awal dulu. Tak tahu mengapa dan malas nak ambil tahu…

*Dah lama tak minum air soya walaupun selalu jual air soya.

Cara Buat Air Soya Tahan lama

Cara Buat Air Soya Tahan lama

Boleh ke air soya ni tahan lama? Boleh je kalau kena cara…Memang betul dan selalu kita dengar air soya di bazar ramadan cepat basi.Itu maybe salah teknik. Cara buat air soya tahan lama yang tak kena.Biar saya cerita sikit ya….kerja-kerja memproses kacang soya jadi air soya ni memang ambil masa yang lama. Blend+masak atas api pun dah berjam-jam. Selalunya siap masak pukul 1.00 atau 2.00 pm.Mula kerja pukul 9.00 pagi lagi.

Siap awal-awal pun bukan boleh minum lagi kan?Ada lebih kurang 5 jam lagi sebelum berbuka puasa. Jadi kalau tak tahu cara simpan air soya ni elok-elok,air soya tak akan tahan lama. Mudah basi. Boleh ditongsampahkan ikut suka.Tapi masih ada cara supaya air soya tahan lama.

Saya dah tulis ebook air soya  ni tahun 2011 lagi. Dalam ebook tu ada saya tulis cara buat air soya tahan lama. Sekarang dah 2 tahun ebook air soya ni dijadikan ebook bonus dalam rahsia jus bazar ramadhan. Ebook tu masih percuma hingga ke saat ini.Dengan syarat kena la beli main ebook dulu. 

Klik sini kalau nak beli.

Ais Kiub Kutub Utara

Ais Kiub Kutub Utara

Bila first time nak berniaga di pasar ramadhan, seribu soalan akan muncul dalam kepala.Cuak jugak kalau banyak benda kita tak tahu dan tak pernah buat selama ni, tiba-tiba nak kena handle sorang-sorang time puasa. Last-last terus kensel niat nak berniaga.Moral dah down.

Stok ais kiub brader-brader penjual air time puasa ni nak dapat di mana?

Soalan ni antara ribu-ribu soalan yang mesti kena fikir kalau baru first time berniaga.Kalau beli kat kedai runcit acheh,cina atau mamak-ais kiub kita boleh beli  rm0.50-rm1.00 satu plastik.Yang ni buat stok berbuka puasa di rumah boleh la,tu pun untuk sehari dua saja.Lusa kena beli lain.Kaedah ni tak boleh pakai untuk berniaga.

Tapi jangan risau..Lori-lori ais kiub memang akan standby di tapak pasar ramadhan. Seawal pukul 3.30 ptg…Tapi lori ni stay tak lama.Dia kena kejar trip untuk hantar ais kiub ke kawasan pasar ramadhan lain jugak. Kalau tak sempat nak order ais kiub time tu, biasanya abang-abang lori ni akan datang untuk kali kedua.Maybe 4.30-5.30pm. Jadi order awal-awal.Banyak-banyak sekaligus.

Untuk elakkan ais kiub cepat cair,isi dalam ice box. Jangan lupa order ais kiub untuk hari-hari seterusnya.Senang kerja brader lori ais, beliau boleh letak awal-awal ais kiub di gerai kita.Tak perlu tanya tiap-tiap hari.Kering tekak brader tu.Beliau pun puasa.

Harga ais kiub rasanya di mana-mana tempat serupa saja iaitu RM3.00  atau RM3.50 satu beg. Ais yang kecil-kecil brader lori panggil ‘baby ice’.Harga sama saja dengan yang besar/kiub/tiub ais. Ikut suka hati masing-masing nak beli yang mana.Itu saja, senang dan ringkas,kan?

Bagaimana Peniaga Ini Untung Terlajak Apabila Jual Air Balang Di Kiosk Minuman

Bagaimana Peniaga Ini Untung Terlajak Apabila Jual Air Balang Di Kiosk Minuman

Anda ada gerai atau kiosk minuman tapi jualan air slow?

Kalau time pelanggan datang pun ada yang komplen macam-macam contohnya air tawar (tokey kedekut gula katanya),air manis sangat lah dan customer order air milo ais kaw,yang sampai air kosong.

Apabila berlaku perkara begini,sudah tiba masanya untuk anda tukar teknik jualan air di gerai anda kepada yang lebih menonjol iaitu dengan jual air balang.

Apa yang perlu anda buat,sediakan 3 atau 4 jenis air balang terbaik anda dengan pilihan beraneka warna.Display AIR BALANG tersebut di hadapan kedai.Biar dari jauh pun pelanggan dah boleh nampak air balang anda yang menarik tu.

Tapi pastikan air balang anda tu sedap dan power.Barulah dapat menjentik hati orang ramai untuk membeli air balang di gerai anda.Biasanya kita tengok pun dah boleh agak air balang tu sedap atau pun kelaut.

Trend jual air balang di kiosk ini masih belum ramai yang buat.Tapi hasil pemerhatian saya, sejak dulu lagi peniaga yang jual air balang di kiosk atau gerai memang ramai pelanggan yang datang.Untung pun terlajak!

Tapi air bancuh dalam cawan apabila pelanggan order, teruskan jualan seperti biasa.Jangan stop.Sebab lebih bagus pelanggan ada banyak pilihan sama ada mahu minum air balang atau pun air biasa.Jadi untung sales air balang pun anda kaut,jualan air dalam cawan juga anda dapat.

Kemudian,pecatlah pekerja anda yang asyik salah ambil order pelanggan itu jika dia tidak mahu berubah atau bertaubat.huhu.

Untuk resipi air balang terbaik boleh klik di link di bawah.

https://cutt.ly/HeUgw9j

3 SEBAB KENAPA JUAL AIR SOYA DI TEPI JALAN PALING UNTUNG?

3 SEBAB KENAPA JUAL AIR SOYA DI TEPI JALAN PALING UNTUNG?

3- sebab- jual- air- soya

Sedap bukan main lagi bila kita dapat minum air soya yang fresh dan terbaik dari ladang, kan? Sekali sedut pun boleh habis kalau dah suka sangat minum air soya sama ada sejuk atau panas.Nikmat!

Sebab itu kita lihat ramai peniaga yang jual air soya di tepi jalan. Dah kita juga yang suka membeli maka peniaga air soya laaagiiii suka jual kat kita.Tak apa lah kan…kita semua mesti sokong peniaga jalanan.

Untung sangat ke jual air soya ni?

Mari kita lihat 3 sebab kenapa Jual Air Soya tepi jalan pun mampu untung berganda.

#1 Modal Kacang Soya Yang Rendah

1 kg kacang soya ketika ini dijual RM4-5.Ikut harga pasaran di tempat anda.Untuk lebih murah,beli di pasar borong.

Dengan 1 kg kacang soya tersebut anda boleh dapat air soya 1 balang saiz sederhana apabila dicampurkan dengan ais batu. Ini pun dah memang sangat balik modal dan raih untung jika habis licin 1 balang!

Berbanding dengan air balang yang lain, majoritinya perlu modal yang agak tinggi. Kos buah-buahan memang mahal.

#2 Digemari Semua Peringkat Masyarakat

Tua,muda miskin dan kaya suka minum air soya.Duduk di kampung atau kota metropolitan memang tipulah kalau tak pernah minum air soya jalanan ini. Yang alergik dengan susu kacang soya tu kita letak tepi dulu.

Atau anda rasa orang ‘Have-Have’ cuma pandai minum kopi Starbuck dan Teh Bobba jer?

So bila peminat air soya ni ramai,jualan air soya akan terus steady dan mantap. Melayu,Cina,india,Melanau dan apa saja bangsa di bumi bertuah Malaysia ini adalah penggemar air soya.

Baca juga artikel di bawah:

#3. Air Soya Air Yang Evergreen

Lama dah kot kewujudan air soya di bumi Malaysia ni.

Sekarang trend air balang ada musim. Sedang hot di pasaran adalah air teh ais.Rewind masa ke belakang sikit adalah musim air jagung menjadi glamer.Undur lagi masa,kita akan ingat pernah muncul ais kopi,ice blended.

Semua air tu akan datang dan pergi.Kitaran kegemilangan air balang tu dalam 2-3 tahun, kemudian lenyap macam tu saja. Sama ada ditelan arus masa atau mungkin sewaktu Thanos snap jari, beliau ‘ter’ snap tanpa sengaja air bermusim ni?

Tapi air soya tetap ada dan tidak terjejas. Setia menanti pelanggan di tepi jalan.Tak ada musim. Ia Kekal relevan sepanjang zaman.Evergreen dari zaman Pop Yeh-Yeh hingga generasi sekarang yang minat main Tik Tok.

Jadi jika anda berhajat mahu berniaga tetapi inginkan bisnes yang tak gunakan banyak modal,tapi untung berganda boleh cuba berniaga air soya.

Tapi pastikan air soya yang anda jual itu sedap dan layak dijual. Barulah air soya anda akan sold out dengan pantas. Jangan asal boleh saja. Kalau air soya anda tersebut tak sedap,lebih baik tak usah jual lagi. Belajar buat air soya tu sampai pandai dulu, boleh?

Biar bertatih-tatih dahulu sebelum berlari…

Untuk dapatkan resipi air soya yang bestseller dan powerful klik link di bawah.

https://bit.ly/2CyNkbT

Jual Air Balang Semasa PKPB?

Jual Air Balang Semasa PKPB?

Jual-Air-Semasa-PKPB

Mahu jual air balang semasa PKPB? Alhamdulillah syukur kerana baru-baru ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasa ke seluruh Malaysia. Sekurang-kurangnya kita tak lagi terkurung seperti waktu PKPD dulu. Boleh lah kita bernafas sedikit, kan?

Dengan PKPB ini banyak sektor ekonomi telah diberi kelonggaran dan dibuka untuk beroperasi termasuk pasar tani, pasar malam dan lain-lain. Anda boleh merujuk facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di link ini iaitu https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/  untuk mendapatkan maklumat rasmi terkini.

Jadi peniaga air balang sudah boleh menarik nafas lega dan mula merancang strategi untuk beroperasi semula. Lama sangat tinggal gerai air balang kita tu susah juga, bukan?

Tetapi semua peniaga perlu mematuhi SOP semasa PKPB iaitu berniaga dalam suasana norma baharu . Kita perlu ingat dan amalkan SOP seperti penjarakan sosial 1 meter di antara pekerja walaupun pekerjanya ada 2 orang saja. Sentiasa cuci tangan menggunakan hand sanitizer. Pakai mask tu wajib tau!

Selain itu amalkan juga SOP yang ketat kepada semua pelanggan . Kadang-kadang peniaga dah ok ikut SOP tapi pelanggan pula yang langgar SOP. Bukan mudah melawan Covid-19 yang tak nampak dengan mata kasar ini. Sebab itu kita perlu jaga kita!

Jadi siapa di sini yang mahu jual air balang semasa PKPB?

Hakikatnya dengan situasi semasa Covid-19 dan PKPB , pelanggan mungkin saja semakin berkurangan. Tetapi ia terpulang pada tahap keyakinan anda.

Jika anda berminat atau ingin mencuba, inilah masanya. Bisnes air balang masih ada permintaan di mana-mana. Musim Covid 19 ini pun kalau kita perhatikan ramai saja yang berniaga air balang di tepi jalan, betul?

Walaupun PKPB telah dikuatkuasa di Malaysia tetapi sektor ekonomi masih berfungsi seperti biasa. Maka peniaga air balang perlu mengambil peluang yang ada ini. Berniagalah dalam keadaan berwaspada dan sentiasa peka kepada ancaman covid-19.

Baca juga artikel berikut jika anda mahu jual air balang semasa PKPB:

Yang penting sebagai peniaga yang jual air balang semasa PKPB kita perlu berani tetapi dalam masa yang sama patuh pada SOP. Insyaallah kita semua akan selamat!

Bagi anda yang baru berazam menceburi bidang jual air balang , boleh saja kalau anda mahu terus berniaga. Tetapi Kalau belum ada idea mahu jual air balang apa, anda boleh melabur untuk ilmu dahulu dengan belajar cara-caranya melalui Panduan Bisnes Air Balang ini.

Penulis ebook telah berkongsi cara memulakan bisnes air balang dan menulis lebih 20 resepi yang memang mantap untuk diberikan kepada yang berminat.

Semoga bermanfaat dan good luck kawan!

#6 Tips Bisnes Air Balang Depan Sekolah

#6 Tips Bisnes Air Balang Depan Sekolah

#6 Tips bisnes air balang depan sekolah. Antara tapak berniaga yang ramai orang suka ialah di kawasan sekolah kebangsaan atau sekolah rendah. Biasanya lokasi utama ramai peniaga ialah di depan sekolah. Sama ada kawasan betul sebelah pintu pagar sekolah atau seberang jalan bertentangan pagar sekolah.

Ingat, berniaga di depan sekolah pelanggannya tak ramai seperti berniaga di pasar malam jadi, anda jangan mengharap keuntungannya sama macam di pasar malam. Tetapi jangan terkejut sebab ada peniaga yang pernah dapat untung lebih berbanding berniaga di pasar malam.

Kalau anda berminat nak jual air balang di lokasi depan sekolah, jom baca apa yang anda perlu buat:

#1 Tanya peniaga lama tentang kekosongan tapak

Biasanya berniaga depan sekolah ni dah ada peniaga otai yang dah lama berniaga di situ. Jadi, untuk mengelak berlaku perselisihan faham, lebih baik anda bertanya dulu kepada peniaga lain kat mana lokasi yang masih kosong. Kalau rezeki anda di hujung sekali, terima je. Cuba dulu.. Rezeki Allah itu luas.

#2 Sebelah peniaga lain

Ini sama seperti point no #1 di atas. Lebih baik anda berniaga berjiran dengan peniaga lain supaya ada kemeriahannya dan dapat tingkatkan silaturrahim dengan peniaga lain.

#3 Tiada halangan pihak PBT dan PIBG sekolah

Sebelum berniaga juga, kalau boleh anda bertanya dan pastikan yang tapak berniaga di situ sememangnya dibenarkan oleh pihak PBT dan pihak sekolah termasuk PIBG sekolah. Semuanya kerana untuk pastikan tak akan berlaku perkara negatif pada masa akan datang.

#4 Jual 2 atau 3 jenis air

Antara tips bisnes air balang depan sekolah yang lain ialah, kalau boleh anda jual 2 atau 3 jenis air dan kalau boleh juga jual air yang lain dari peniaga lain tetapi ada potensi. Caranya, anda jual 1 atau 2 jenis air yang orang lain tak ada jual lagi sebagai air utama anda. Kemudian sejenis lagi boleh jual air yang biasa untuk pelajar sekolah rendah iaitu air milo.

#5 Harga murah

Jual air di depan sekolah anda tak boleh jual harga macam berniaga di pasar malam atau pasar tani jual RM3 dan letak dalam cup besar. Berniaga depan sekolah ni anda perlu jual harga yang murah sahaja sebab pelajar sekolah senang nak beli. Ibu bapa yang datang pun tak berat hati nak belikan untuk anak diorang dan untuk diri sendiri. Jual dengan RM1 tetapi guna cup yang kecil sahaja. Jangan risau, tetap anda untung.

#6 Selitkan air mineral

Sebagai air selingan anda jual juga air mineral botol kecil dengan harga RM1. Ada pelajar dan ada ibu bapa yang suka minum air kosong je bila dahaga atau pada waktu cuaca panas. Jadi, diorang akan beli air mineral yang terdekat dengan diorang.

Anda boleh beli air mineral di pasar raya atau kedai borong yang jual harga murah. Tak kisahla anda dapat untung walaupun 20 sen atau 30 sen, yang penting anda jual harga RM1 dan anda tetap dapat untung. Inilah antara tips bisnes air balang depan sekolah yang boleh anda buat untuk ‘bekap’ air balang anda yang lain sebab air mineral kalau tak habis anda boleh simpan dan gunakan untuk jualan seterusnya.

Ok, selamat mencuba dan good luck!

Cara Mudah Nak Jual Air Milo

Cara Mudah Nak Jual Air Milo

Cara mudah nak jual air MILO. Siapa yang tak kenal air milo? Air minuman yang popular di Malaysia dari dulu lagi. Sejak saya kecil masa tahun 80-an, inilah air yang budak-budak cari nak minum. Kalau ada jual di depan sekolah atau pasar malam mesti ramai budak-budak yang beli, tak kurang juga yang menangis minta mak ayah belikan.

Tapi sekarang air milo ni bukan budak-budak je yang suka, orang dewasa macam kita pun terjebak kan? Kan? Siap beli milo peket lagi buat stok kat rumah. Kalau pergi kedai makan atau restoran, air paling senang nak order ialah air milo sebab tak perlu fikir lama-lama nak order air apa.

Ini menunjukkan air milo mendapat permintaan tinggi di Malaysia sampai sekarang. Jadi, ini adalah peluang untuk anda buat bisnes jual air balang dan kalau tak ada idea nak jual air apa, anda boleh jual air milo je. Senang! Dan carilah cara nak jual air milo yang unik lain dari yang lain.

Jual air milo sekarang ni, modalnya memang agak tinggi sebab harga milo tu sendiri dah mahal, tambah pulak anda mesti letak susu pekat manis untuk jadikan lebih sedap dan menarik, dah tak boleh jual air letak milo dan air gula je.. tak sedap! Walaupun letak susu pekat manis akan memakan kos yang agak tinggi tetapi untungnya pun boleh tahan sebab takkan anda nak jual dengan harga seringgit kan? Tetap ada untung, percayalah!

Ok, kalau dah buat keputusan nak jual air milo, macam mana cara nak jual air milo?

Senang je..

#1 Beli peralatan asas

  • Balang air (sekurang-kurangnya yang 33 liter)
  • Meja lipat (paling kecil saiz 4 x 4 kaki pun dah boleh sebagai permulaan)
  • Kanopi (dapat yang saiz 8 x 8 kaki pun dan ok) – lebih baik 10 x 10 kaki
  • Buat ‘banner’ atau ‘bunting’ promosi. (Keluarkan sedikit modal dapatkan designer dan ‘print’) – bagi nampak cantik dan gempak!
  • Cipta lah JENAMA anda sendiri dan letak pada ‘banner’ atau ‘bunting’ tersebut. Contoh jenama Air Jus Meleleh, Jus Merecik, Jus Abang Padil, Jus Mersing dan apa-apa jela yang anda fikirkan baik untuk anada.

*Lebih untung kalau anda dapat lokasi yang tak perlu guna kanopi sendiri.

#2 Cari lokasi berniaga

Lokasi nak jual air milo anda kena survey dan cari sendiri. Anda boleh jual di tepi jalan, depan sekolah, depan rumah bagi yang sesuai, event atau program anjuran universiti atau kolej, program anjuran surau atau masjid, di pasar tani, pasar malam, down town , up town, car boot sale dan lain-lain tempat yang anda dapat.

*Lebih untung kalau anda dapat lokasi yang tak perlu guna kanopi sendiri dan tak perlu bayar sewa atau sewanya rendah.

#3 Rasa sedap

Anda buat air milo tu biarlah sedap, jangan kedekut milo, guna air putih bersih dari water filter, air mineral atau air RO water, jangan guna air paip ok! Campurkan  milo dan juga susu pekat manis  di dalam balang dan bancuh. Kemudian masukkan ais batu.

Gula hanya digunakan sebagai air gula seperti biasa yang diletakkan dalam bekas air gula berasingan. Air gula tu ‘standbye’ masa air milo dalam balang dah penghujung atau air batu dah cair sebab air milo tu akan jadi tawar sikit. So, cedok air gula dan masukkan dalam cawan masa orang nak beli.

Nak buat air milo senang je, anda boleh campurkan semua bahan tu kemudian test rasa dulu. Kalau kurang sedap anda tambah lah milo atau susu secukup rasa. Kemudian anda cuba cari resepi rahsia sendiri nak bagi air milo anda tu lebih sedap dan unik contohnya adakan pakej air milo tabur dan lain-lain. Dah boleh jual satu ‘cup’ RM2 atau RM3 dan kalau yang tambah milo tabur tu harga jual lebih lagi.

Kebanyakkan peniaga yang jual air milo sedap dari yang lain tu, dia ada rahsia tambahan sendiri dan jarang beritahu kepada orang lain. Anda juga boleh buat macam tu dengan cara cuba cari resepi-resepi lain yang boleh jadikan air milo anda lebih sedap dan itulah cara nak jual air milo lain dari yang lain. Kalau anda cari insya-Allah akan dapat.

Good luck!

*Kalau nak tau resepi air milo yang lebih power, belajarlah dari otai ni, dengan klik gambar di bawah sekarang!