ABOUT

ABOUT

AssalamualaikumĀ  & salam hormat buat anda… seorang usahawan atauĀ  bakal usahawan!

Izinkan saya menceritakan serba sedikit pengalaman serta latar belakang saya!

Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air balang sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Kini saya juga adalah usahawan katering air balang yang aktif dan kerap menerima tempahan air balang untuk pelbagai acara keramaian seperti kenduri kahwin, majlis pertunangan, sambutan harijadi dan kesyukuran serta lain-lain di sekitar Lembah Klang.

Blog ini akan memaparkan artikel dan tips bisnes air balang yang terkini secara terus daripada Mizan Sulaiman.

Stay tune gais!

Mizan Sulaiman

Penulis Ebook Bisnes Air Balang