Apa Nak Buat Kalau Air Balang Tak Habis?

Apa Nak Buat Kalau Air Balang Tak Habis?

Apa Nak Buat Kalau Air Balang Tak Habis?

Biasanya situasi air balang tak habis ini kerap terjadi apabila kita berniaga pada musim tengkujuh.

Terutamanya apabila turun hujan lebat yang siap dengan pakej petir sabung menyabung dan ribut taufan. Masa tu majoriti orang ramai tidak ada yang akan berani untuk keluar rumah.

Atau pun ia juga boleh berlaku sewaktu kita berniaga air balang di musim covid19. Tapi kali ini pelanggan tak datang sebab takut dijangkiti virus. Selagi vaksin belum ditemukan, itulah norma baru yang kita terpaksa hadapi.Yang masih tinggal dan setia menunggu di tepi jalan cuma peniaga air balang.

Sebab itulah ini di antara soalan yang paling kerap disoal oleh pembeli ebook sama ada melalui whatsapp atau emel.

Jadi kalau air balang tak habis juga, apa kita nak buat?

Boleh tak kita simpan air tu dan jual semula hari esok?

Soalan di atas saya dah pernah jawab . Boleh baca artikel dalam arkib blog ini. Tapi tak mengapa, saya jelaskan sekali lagi.

Baca juga artikel ini untuk belajar buat air soya homemade.

Jom kita ulangkaji!

Kalau berdasarkan pengalaman saya, air balang tak habis tu memang akan dibuang ke longkang lah jawabnya! Tak ada kesian-kesian lagi dah…

Tetapi itu pun selepas dah tapau dan bagi free saja air tersebut pada orang yang berdekatan. Kita bagi saja air yang tak habis tu pada abang Roti John Telur Dibasuh, makcik Nasi Ayam Kampung Sebelah atau Adik Manis Apam Balik Pom Pom. Jangan lupa niat untuk bersedekah.

Air masih ada baki lagi? Buang. Mudah saja!

“Tapi bang, saya bangkang!”

“Membazir itu amalan syaitonnn!”

“Elok kita simpan je semula dalam peti sejuk. Air yang tak habis tu macam-macam kita boleh buat. aiskrim Malaysia, dadih, agar-agar. Baru lah kreatif, inovatif dan jimat. “

banner bab468x60

Ok dik…cara awak berfikir tu agak bagus dan kritis.Tahniah!

Tapi kalau adik jual 10 jenis air balang dan semua tu separuh balang air tak habis…larat ke adik nak buat dadih,aiskrim bagai tu?

Penat berniaga siang tadi pun belum hilang, dah nak kena masuk dapur lagi buat dadih pulak? Hurmm, kita semua bukan robot Terminator ya. Ada masa perlu rehat secukupnya.

Satu fakta yang perlu sentiasa direnung-renungkan di sini adalah air yang tak habis tersebut sudah tak fresh seperti hari sebelumnya. Air buah dah tawar dan tak ada rasa buah lagi.

“Habis tu… camne ni bang?”

Buang saja Air balang yang tak habis tu! Tapi kalau adik larat minum sampai kembung, silakan…Abang tak halang.

Lepas tu esoknya cuba adik siasat dan kaji mengapa 10 jenis air balang yang adik jual tu tak habis, boleh?

Mesti ada benda yang terlebih atau terkurang. Mungkin air buah tak sedap sebab masa bancuh, terbubuh garam bukit dan ajinomoto ke?

Atau pun daripada adik habis masa dan tenaga, cuba buat air balang macam abang. Tak susah mana pun. Yang penting belajar dulu sampai pandai. Kemudian barulah boleh kembali berniaga dengan penuh semangat fighter.

Nak belajar buat air sedap dan gerenti habis klik link ni sekarang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *